- Misi, Objektif dan Strategi organisasi.
- Proses-proses bisness yang mencapai jangkaan misi dan strategi.
- Kumpulan yang menjalankan proses-proses bisnes.
- Teknologi yang membantu dan menyokong dalam pelaksanaan proses.
- Hubungan antara sistem.
EA dipacu oleh peningkatan penggunaan teknologi yang berterusan dalam sebuah organisasi dan seterusnya memberikan kesan yang besar terhadap integrasi dan kerjasama di antara entiti bisnes. EA diguna pakai sebagai satu amalan untuk penentuan strategik dan penyelarasan keupayaan Bisnes dan IT bagi sesebuah organisasi melalui pemahaman, penyelarasan dan perancangan aktiviti. Melalui pemahaman strategi dan pelarasan, sesebuah organisasi boleh memberi tumpuan kepada penyelesaian terperinci untuk menerangkan aplikasi khusus dan pelaksanaan teknologi bagi menyokong keperluan bisnes tertentu. Melalui pembangunan amalan EA, sesebuah organisasi dapat menilai kekuatan dan batasan landskap bisnes dan teknologi yang sedia ada.
“Enterprise Architecture adalah satu rekod tingkah laku yang berlaku dalam organisasi, pemprosesan data, individu, tempat dan keperluan apabila semuanya dijalankan. Secara ringkas, siapa, apa, mengapa, bila, dimana dan bagaimana bisnes yang dijalankan di setiap peringkat bermula daripada matlamat korporat peringkat tinggi kepada kod program peringkat rendah melaksanakan bisnes proses bagi mencapai matlamat tersebut."– The Open Group -
- Kurangkan pecahan pembangunan ICT di dalam agensi sektor awam.
- Tingkatkan keupayaan agensi kerajaan dalam perkongsian maklumat.
- Tingkatkan kemampuan akses pengguna awam kepada maklumat yang disediakan oleh agensi kerajaan.
- Kenal pasti peluang-peluang untuk pengintegrasian perkhidmatan end-to-end pada masa hadapan dalam mencapai kerajaan yang terhubung.
- Dapatkan perancangan teknologi dan pembangunan polisi yang lebih baik dengan bersependapat dalam adopsi teknologi untuk agensi di dalam sektor awam.