Program Kesedaran MyGovEA Bil.1/2021 bersama Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA)

Program Kesedaran MyGovEA Bil.1/2021 bersama Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA)

Title: 
Program Kesedaran MyGovEA Bil.1/2021 bersama Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA)
Tarikh: 
Rabu, Januari 27, 2021
Masa: 
2021 - 14:30 to 17:30
Tempoh: 
Satu Hari
Sinopsis: 

1  PENGENALAN

Enterprise Architecture (EA) adalah salah satu komponen dalam Ekosistem Pemboleh Daya yang ditetapkan dalam Kerangka Hala Tuju Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.   Komponen strategik ini penting untuk menyokong kejayaan dan kelestarian inisiatif pendigitalan dalam Sektor Awam dalam mencapai visi “Kerajaan Digital Mampan Pemangkin Masyarakat Digital”.

Selari dengan peranan Bahagian Strategik dan Arkitektur ICT (BSA) dalam pendigitalan Sektor Awam iaitu untuk menyelaras ulasan ke atas cadangan projek-projek ICT, menguruskan pembangunan kompetensi personel Perkhidmatan Sistem Maklumat serta menyelaras input kepada pihak yang berkaitan mengenai pendigitalan Sektor Awam, perkongsian pengetahuan dan maklumat mengenai EA dan Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) kepada warga BSA amatlah penting supaya dapat membantu warga BSA dalam melaksanakan tanggungjawab dan fungsi seksyen khususnya berkaitan dengan pendigitalan sektor awam. 

2  MAKLUMAT PROGRAM

Program Kesedaran MyGovEA Bil. 1/2021 telah disasarkan untuk warga BSA khususnya kepada pegawai-pegawai baru di BSA.  Pelaksanaan program dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah dipersetujui.

2.1  Tarikh dan Lokasi Program

Program Kesedaran MyGovEA Bil.1/2021 telah diadakan pada 27 Januari 2021 (Rabu), secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet

2.2  Objektif

Objektif Program Kesedaran MyGovEA ialah:

  1. Memberi kesedaran dan kefahaman MyGovEA kepada warga Bahagian Perancangan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA); dan
  1. Mempromosikan MyGovEA kepada warga BSA.

 

 

 

Butiran Aktiviti

Tiada Aktiviti Dijumpai

Semua Aktiviti
Persidangan