Program Kesedaran MyGovEA Bil.2/2021 bersama Warga MAMPU

Program Kesedaran MyGovEA Bil.2/2021 bersama Warga MAMPU

Title: 
Program Kesedaran MyGovEA Bil.2/2021 bersama Warga MAMPU
Tarikh: 
Rabu, April 28, 2021
Masa: 
2021 - 09:44
Tempoh: 
Satu Hari
Sinopsis: 

PENGENALAN

Enterprise Architecture (EA) adalah salah satu komponen dalam Ekosistem Pemboleh Daya yang ditetapkan dalam Kerangka Hala Tuju Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.   Komponen strategik ini penting untuk menyokong kejayaan dan kelestarian inisiatif pendigitalan dalam Sektor Awam dalam mencapai visi “Kerajaan Digital Mampan Pemangkin Masyarakat Digital”.

Penganjuran program ini adalah selari dengan peranan MAMPU dalam pendigitalan Sektor Awam iaitu untuk meneraju pemodenan penyampaian perkhidmatan awam. MAMPU juga berperanan memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam melalui inovasi pendigitalan ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan, maka perkongsian pengetahuan dan maklumat mengenai EA dan Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) kepada warga MAMPU amatlah penting supaya dapat membantu warga MAMPU dalam melaksanakan tanggungjawab khususnya berkaitan dengan pendigitalan sektor awam. 

 

MAKLUMAT PROGRAM

Program Kesedaran MyGovEA Bil. 2/2021 telah disasarkan untuk warga MAMPU khususnya kepada pegawai-pegawai baru di MAMPU.  Pelaksanaan program dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah dipersetujui.

 

Tarikh dan Lokasi Program

Program Kesedaran MyGovEA Bil.2/2021 telah diadakan pada 28 April 2021 (Rabu), secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi IceWarp

 

Objektif

Objektif Program Kesedaran MyGovEA ialah:

  1. Memberi kesedaran dan kefahaman MyGovEA kepada warga MAMPU; dan

 

  1. Mempromosikan MyGovEA kepada warga MAMPU.

 

Butiran Aktiviti

Tiada Aktiviti Dijumpai

Semua Aktiviti