Faedah MyGovEA
MyGovEA merupakan agenda penting yang mula dilaksanakan oleh MAMPU sebagai pemangkin dalam memacu agenda tranformasi kerajaan semasa dan cara agensi kerajaan melakukan pendekatan ke arah pembangunan strategi Bisnes & ICT pada masa hadapan.
Penumpuan Strategi Bisnes dan Teknologi
MyGovEA diletakan sebagai satu rangka kerja yang boleh diguna pakai oleh sektor awam bagi memastikan penjajaran di antara strategi bisnes dan teknologi sesebuah organisasi. EA menyediakan peralatan untuk agensi menentukan segmen bisnes dan ICT sesebuah organisasi, dan ini adalah kaedah yang sempurna bagi agensi untuk merangka strategi bisnes dan ICT. Ini bertujuan untuk meberi pelarasan peranan mereka dalam menyumbang ke arah visi dan misi bisnes sesebuah agensi.
Agensi yang menggunakan rangka kerja dan metodologi MyGovEA seharusnya dapat memanfaatkan amalan EA bagi membentuk dan memacu bukan hanya untuk bisnes dan inisiatif perancangan ICT pada masa hadapan malahan juga mampu untuk memanfaatkan amalan EA bagi menangani dan mencari penyelesaian cabaran bisnes.
Melalui pelaksanaan amalan MyGovEA, agensi mampu memulakan pembangunan strategi bisnes dan teknikal sebagai satu bentuk inisiatif. Perkongsian strategi di antara bisnes dan teknikal membolehkan agensi membangunkan masa depan bisnes dan hala tuju teknikal yang kukuh dengan memahami architecture semasa dan menentukan masa depan atau gambaran architecture bagi organisasi.
Memperkukuh Kerjasama antara Agensi
Inisiatif kerjasama di antara agensi adalah bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan oleh kerajaan. Kerjasama antara agensi ini membolehkan agensi menyelaras proses merentasi sempadan dan meneroka peluang dalam perkongsian maklumat bagi menyokong proses membuat keputusan. MyGovEA adalah satu peralatan sempurna untuk agensi bergerak maju ke hadapan dalam agenda kerjasama antara agensi. Sebagai contoh, semasa agensi mula membangunkan amalan EA ini, setiap agensi mendapat satu pandangan menyeluruh berkenaan kemampuan bisnes masing-masing.
MAMPU sebagai pusat agensi yang bertindak menyelaras dan mengekalkan MyGovEA seharusnya mampu memanfaatkan maklumat tersebut untuk membentuk satu pandangan menyeluruh berkenaan landskap bisnes dan ICT semasa bagi menyokong keupayaan bisnes dalam sektor awam. Pandangan holistik ini membolehkan MAMPU mengenal pasti peluang yang berpotensi untuk inisiatif kerjasama antara agensi pada masa depan dalam bidang seperti perkongsian maklumat, pencarian data dan analisis, aplikasi dan pengukuhan infrastruktur dan perkongsian perkhidmatan.
Penguatkuasaan Keupayaan dalam Sektor Awam
Penggunaan amalan EA akan terus memacu pengetahuan dan keupayaan pembangunan bagi bisnes dan komuniti ICT dalam sektor awam. MyGovEA memerlukan agensi bagi memperoleh satu sumber (enterprise architect) yang dapat memahami kerumitan persekitaran bisnes dan teknikal bagi organisasi mereka dan seterusnya mampu meneroka inisiatif yang berkaitan architecture.
Oleh itu, antara langkah pertama dalam perjalanan ke arah mewujudkan amalan EA di sektor awam adalah untuk membangunkan program bagi memperkukuh sumber yang telah dikenal pasti dengan maklumat dan kemahiran berkenaan enterprise architecture, MyGovEA dan pengurusan projek.
Sehubungan dengan itu, penubuhan Pejabat Pusat Arkitek di MAMPU adalah langkah pertama memformalkan peranan enterprise architect di sektor awam. Pejabat Pusat Arkitek ditubuhkan untuk bertindak sebagai pasukan enterprise architect sektor awam dimana salah satu peranannya adalah untuk membantu agensi-agensi lain di sektor awam untuk membangunkan enterprise architect dalam organisasi masing-masing.
Rancangan untuk membangunkan keupayaan EA dalam sektor awam akan menjadi satu inisiatif kolaboratif. Sebagai permulaan, MAMPU dan INTAN akan bekerjasama untuk mengenal pasti dan membangunkan kursus dan program bagi membina kemahiran dan kemampuan sektor awam dalam memulakan pembangunan amalan EA berdasarkan MyGovEA.
Penjajaran MyGovEA dalam sektor awam melalui Perancangan Strategi ICT (ISP)
Perancangan Strategi ICT (ISP) adalah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh sektor awam untuk menentukan hala tuju strategik bagi sesebuah agensi dari segi pembangunan ICT masing-masing. Inisiatif ini merangkumi empat (4) elemen utama iaitu:
- Menilai persekitaran bisnes semasa (Business “As-Is” study).
- Menilai persekitaran ICT semasa (ICT “As-Is” study).
- Membangunkan strategi ICT (“To-Be” ICT environment).
- Membangunkan pelan pelaksanaan.
Melalui pengenalan MyGovEA, MAMPU diperlukan untuk menyelaras kedua-dua inisiatif. Kedua-dua EA dan ISP adalah sama dari segi pelaksanaan pendekatan organisasi.
Sebagai contoh, bagi kedua-dua inisiatif, agensi akan menjalankan penilaian keadaan semasa, menentukan keadaan jangkaan dan membangunkan pelan tindakan pelaksanaan itu. Walau bagaimanapun kedua-dua EA dan metodologi ISP dalam sektor awam juga berbeza dari skop perspektif dan tahap butiran yang dikumpul apabila agensi memulakan salah satu daripada inisiatif tersebut. Kebiasaannya ISP akan berurusan dengan pembangunan strategi dan menjalankan model operasi bagi Jabatan ICT manakala EA adalah mengenai penentuan landskap secara holistik bagi sesebuah organisasi (bisnes, data, aplikasi dan teknologi).