Latar Belakang MyGovEA
MyGovEA menyediakan rangka kerja dan metodologi bagi membantu sektor awam di Malaysia bagi membangunkan amalan terbaik EA. Tujuan utama MyGovEA adalah untuk menyediakan suatu pendekatan umum merangkumi beberapa fasa dan plot templat bagi memastikan pembangunan EA di sektor awam adalah konsisten. Dengan mewujudkan keupayaan EA dan menerima pakai amalan umum EA, MyGovEA berupaya membantu agensi dalam menyampaikan kunci utama nilai-nilai bisnes adalah seperti yang berikut:
- Memberikan perkhidmatan yang konsisten dan cekap dalam cara yang paling efektif di samping memenuhi jangkaan rakyat.
- Meningkatkan keupayaan bisnes dalam sektor awam melalui gabungan keupayaan ICT yang strategik dan holistik.
- Memberi perkhidmatan berpaksikan rakyat yang seterusnya menggalakkan penglibatan rakyat.
- Mewujudkan kerjasama yang padu di antara agensi dalam perkongsian data.
- Menyatukan duplikasi perkhidmatan dan membolehkan penggunaan semula dan perkongsian perkhidmatan merentasi agensi.

Mengubah Operasi Sektor Awam dengan Pendekatan Senibina Enterprise MyGovEA
MyGovEA memberikan definisi baru bagi sektor awam menghadapi cabaran meliputi aspek bisnes dan teknikal. Melalui amalan EA, sesebuah agensi dapat mewujudkan satu bentuk single view dari aspek bisnes semasa dan persekitaran teknikal dalam sesebuah organisasi. Single view ini akan menerangkan hubungan di antara urusan bisnes dalam sebuah agensi, proses penyampaian bisnes, sumber yang bertanggungjawab melaksanakan proses, pengumpulan dan penggunaan semula maklumat dan penggunaan teknologi dan infrastruktur yang sedia ada untuk membantu dalam proses penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Pandangan ini seterusnya membantu agensi dalam pelbagai bidang operasi seperti:
- Mengenal pasti dan mencipta perkhidmatan-perkhidmatan bisnes yang baru.
- Menyatukan dan meningkatkan perkhidmatan sedia ada.
- Menganalisa dan menyelesaikan cabaran / isu operasi dan teknikal semasa.
- Mengenal pasti keperluan teknologi baru.
- Menganalisa dan membentuk penerapan teknologi baru.