Pengenalan EA

Enterprise Architecture (EA) pada dasarnya adalah pendekatan yang mentakrifkan struktur organisasi atau syarikat meliputi pelbagai domain menggunakan kaedah yang berstruktur. Kaedah terstruktur yang ditakrifkan oleh EA membolehkan organisasi menjelaskan aspek seperti:

  • Misi, Objektif dan Strategi organisasi.
  • Proses-proses bisness yang mencapai jangkaan misi dan strategi.
  • Kumpulan yang menjalankan proses-proses bisnes.
  • Teknologi yang membantu dan menyokong dalam pelaksanaan proses.
  • Hubungan antara sistem.

Tentang Enterprise Architecture (EA):

  • EA bertumbuh dengan pesatnya dengan penggunaan teknologi dalam organisasi, dan mempengaruhi integrasi dan kerjasama antara entiti bisnes.
  • EA digunakan sebagai amalan strategik dan penyelarasan antara keupayaan bisnes dan IT dalam organisasi melalui pemahaman, penyelarasan dan perancangan aktiviti.
  • Dengan memahami strategi dan penyelarasan, organisasi boleh memberi tumpuan pada penyelesaian terperinci untuk menerangkan aplikasi khusus dan teknologi yang digunakan untuk menyokong keperluan bisnes.
  • Dengan mengembangkan amalan EA, organisasi dapat menilai kekuatan dan kelemahan dalam landskap bisnes dan teknologi yang digunakan.

Mengapa guna EA?

“Enterprise Architecture adalah satu rekod tingkah laku yang berlaku dalam organisasi, pemprosesan data, individu, tempat dan keperluan apabila semuanya dijalankan. Secara ringkas, siapa, apa, mengapa, bila, dimana dan bagaimana bisnes yang dijalankan di setiap peringkat bermula daripada matlamat korporat peringkat tinggi kepada kod program peringkat rendah melaksanakan bisnes proses bagi mencapai matlamat tersebut."
- The Open Group -

Untuk mewujudkan praktis EA dalam sektor awam, objektif yang perlu diambil untuk melakukan inisiatif ini adalah seperti berikut:

  • Kurangkan pecahan pembangunan ICT di dalam agensi sektor awam.
  • Tingkatkan keupayaan agensi kerajaan dalam perkongsian maklumat.
  • Tingkatkan kemampuan akses pengguna awam kepada maklumat yang disediakan oleh agensi kerajaan.
  • Kenal pasti peluang-peluang untuk pengintegrasian perkhidmatan end-to-end pada masa hadapan dalam mencapai kerajaan yang terhubung.
  • Dapatkan perancangan teknologi dan pembangunan polisi yang lebih baik dengan bersependapat dalam adopsi teknologi untuk agensi di dalam sektor awam.