Program Kesedaran MyGovEA Bil.2/2021 bersama Warga MAMPU

Date:
Wednesday, April 28, 2021
Tuesday, July 27, 2021 – 10:06
Time:
2021 – 09:44
Duration:
One Day
Synopsis:
PENGENALAN
Enterprise Architecture (EA) adalah salah satu komponen dalam Ekosistem Pemboleh Daya yang ditetapkan dalam Kerangka Hala Tuju Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025. Komponen strategik ini penting untuk menyokong kejayaan dan kelestarian inisiatif pendigitalan dalam Sektor Awam dalam mencapai visi “Kerajaan Digital Mampan Pemangkin Masyarakat Digital”.

Penganjuran program ini adalah selari dengan peranan MAMPU dalam pendigitalan Sektor Awam iaitu untuk meneraju pemodenan penyampaian perkhidmatan awam. MAMPU juga berperanan memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam melalui inovasi pendigitalan ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan, maka perkongsian pengetahuan dan maklumat mengenai EA dan Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) kepada warga MAMPU amatlah penting supaya dapat membantu warga MAMPU dalam melaksanakan tanggungjawab khususnya berkaitan dengan pendigitalan sektor awam.

 

MAKLUMAT PROGRAM
Program Kesedaran MyGovEA Bil. 2/2021 telah disasarkan untuk warga MAMPU khususnya kepada pegawai-pegawai baru di MAMPU. Pelaksanaan program dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah dipersetujui.

 

Tarikh dan Lokasi Program
Program Kesedaran MyGovEA Bil.2/2021 telah diadakan pada 28 April 2021 (Rabu), secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi IceWarp.

 

Objektif
Objektif Program Kesedaran MyGovEA ialah:

Memberi kesedaran dan kefahaman MyGovEA kepada warga MAMPU; dan

Mempromosikan MyGovEA kepada warga MAMPU.