Rangka Kerja MyGovEA

MyGovEA dipandu oleh rangka kerja architectural yang dibangunkan untuk mendefinisikan elemen teras architecture dalam membina dan melaksanakan amalan EA. Rangka kerja MyGovEA bertindak sebagai panduan bagi menerangkan komponen utama MyGovEA. Sesebuah agensi perlu membangunkan komponen tersebut kerana ia adalah asas kepada permulaan dalam pelaksanaan amalan EA.

Rangka kerja MyGovEA terdiri daripada 6 komponen utama iaitu:

  1. Visi MyGovEA
  2. Prinsip
  3. Domain Architecture
  4. Tadbir Urus
  5. Metodologi
  6. Peralatan dan Repositori

Setiap komponen diterangkan dengan lebih lanjut dalam jadual yang berikut:

Visi adalah suatu penyataan niat yang memacu matlamat utama di sebalik penubuhan inisiatif MyGovEA dalam sektor awam

Prinsip architecture menerangkan satu piawaian architectural asas menyeluruh bagi memandu sektor awam dalam membangunkan aspek bisnes dan teknikal architecture.

Domain Architecture mendefinisikan empat (4) bidang architecture iaitu bisnes, data, aplikasi dan teknologi yang perlu dibangunkan dan dikekalkan sehubungan dengan pelaksanaan EA oleh sektor awam

Komponen tadbir urus menerangkan struktur dan operasi model yang dicadangkan bagi menyokong pelaksanaan dan pengoperasian amalan EA.

Metodologi menggariskan pendekatan yang berstruktur (contoh: fasa dan peringkat) yang akan diguna pakai oleh sektor awam semasa membangunkan amalan EA.

Komponen bagi peralatan & repositori menerangkan peralatan yang dicadangkan dan struktur repositori yang biasa diguna pakai oleh sektor awam untuk mendokumenkan artifak