SESI PEMINDAHAN PENGETAHUAN METODOLOGI MYGOVEA BAGI SIRI 1 TAHUN 2021
1. PENGENALAN
Enterprise Architecture (EA) adalah salah satu komponen dalam Ekosistem Pemboleh Daya yang ditetapkan dalam Kerangka Hala Tuju Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025. Komponen strategik ini penting untuk menyokong kejayaan dan kelestarian inisiatif pendigitalan dalam Sektor Awam dalam mencapai visi “Kerajaan Digital Mampan Pemangkin Masyarakat Digital”.
Penganjuran sesi pemindahan teknologi ini adalah selari dengan peranan MAMPU dalam pendigitalan Sektor Awam iaitu untuk meneraju pemodenan penyampaian perkhidmatan awam. MAMPU juga berperanan memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam melalui inovasi pendigitalan ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan, maka perkongsian pengetahuan dan maklumat mengenai EA dan Malaysia Government Enterprise Architecture (MyGovEA) kepada wakil Kementerian dan Agensi Sektor Awam amatlah penting supaya Kementerian dan Agensi Sektor Awam bersama-sama dalam melaksanakan tanggungjawab khususnya berkaitan dengan pendigitalan sektor awam.
Program ini merupakan program Sesi Pemindahan Pengetahuan Metodologi MyGovEA Siri 1 tahun 2021 yang dianjurkan oleh Seksyen Pembangunan Enterprise Architecture (SPEA), Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur (BSA) MAMPU bagi berkongsi pengetahuan dan meningkatkan kefahaman agensi-agensi Sektor Awam mengenai (MyGovEA) khususnya bagi memenuhi keperluan Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA).
2. MAKLUMAT PROGRAM
Program Sesi Pemindahan Pengetahuan Metodologi MyGovEA Siri 1 tahun 2021 telah disasarkan untuk wakil-wakil Kementerian dan Agensi Sektor Awam khususnya kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam pembangunan EA. Pelaksanaan program dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah dipersetujui.
2.1 Tarikh dan Lokasi Program
Program Sesi Pemindahan Pengetahuan Metodologi MyGovEA Siri 1 tahun 2021 telah diadakan pada 17-18 Jun 2021 (Khamis dan Jumaat), secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi IceWarp.
2.2 Objektif
Objektif Sesi Pemindahan Pengetahuan Metodologi MyGovEA ialah:
Menyediakan panduan kepada Arkitek Sistem Repositori MyGovEA berkenaan mengenai penggunaan Orbus iServer Business & IT Transformation Suite 2019;
Memberi kefahaman dan panduan berkaitan analisis elemen dalam repositori seperti analisis Relationship and Impact View; dan
Memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan artifak (diagram, matriks, senarai dll) iaitu hasil pembangunan EA.
Activity Details
Date: 17/6/2021 to 18/6/2021
Time: 11:57 am
Duration: Two Days